PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang
bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras
dengan falsafah pendidikan negara. Penguasaan
kemahiran asas membaca dan menulis (2M)
perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan
menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip
‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan
hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah.
Perbezaan minat, pengalaman, bakat, dan gaya belajar
individu mengakibatkan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ dalam menguasai
kemahiran berbanding rakan sebaya. Sekiranya mereka tidak diberi ’pendidikan
perlu’, potensi mereka akan tenggelam.
Justeru, Program Pemulihan Khas dapat mengenalpasti keperluan-keperluan
murid berpencapaian rendah.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
LATAR
BELAKANG
1967 –
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan
strategi “ Withdrawal System….”
1975 – Pusat
Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan “ Pendidikan Imbuhan “ bagi
Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3 ) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan
dijalankan oleh guru kelas/ guru mata pelajaran.
1994 – Program
Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan
dalam kelas KBSR.
1999 – Program
jangka pendek (INTERVENSI 3M ) diperkenalkan khas untuk murid tahun 4 di
sekolah rendah dan Tingkatan 1/ peralihan. Instrumen IPCH digunakan bagi
menilai pencapaian kemahiran asas 3 M. Program bermula 1999 hingga 2002.
2000 – Program IPP3M dilancarkan iaitu
program jangka panjang bagi mengatasi penguasaan kemahiran asas 3 M bagi murid
tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1 hingga Tahun 3 ). Program IPP3M dilancarkan bersama satu
pendekatan P&P secara
“Pelbagai Kecerdasan “ ( Multiple
Intelligences).
2006 – IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M
) yang menekankan kepada Bahasa Melayu – membaca dan menulis dibina.
KONSEP
· Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
· Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
“ Satu
perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid –murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam
menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi
Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .
TAKRIFAN
AE Tanseley dan R. Culliford
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan
kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”
M. F . Clough
“ kanak-kanak
pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan
membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara
yang agak abstrak. ”
Sharifah Rahman Ali
“ kanak-kanak
yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan
yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan
kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”
DASAR
Mengikut Laporan
Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1997.
( PERAKUAN 5)
“ Adalah
diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah mengadakan pengajaran
pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan
diperbaiki. Antara lain perkara-perkara
tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang kecil,
peruntu kan bagi mengendalikan
pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu.”
OBJEKTIF
- Membantu
murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas
- membaca, menulis dan mengira.
- Membantu
murid-murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan
proses pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri
dan sikap positif terhadap
pembelajaran.
DASAR PELAKSANAAN
Surat Pekeliling
Kementerian Pelajaran .
(yang masih
digunapakai)
1: Surat Pekeliling Bahagian
Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bth.
22.Jan. 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
2: Surat
Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26)
bth.28.Jan.1986.
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
3: Surat
Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29)
bth.17.Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program pemulihan)
4: Surat
Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM.Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (34)
bth.30.Jun.1989. (Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas
Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
PERJAWATAN GURU PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH
1. Semua sekolah rendah kecuali sekolah kecil ( under enrolment ) diperuntukan satu (1) perjawatan Guru Pemulihan Khas.
2. Peruntukan Guru Pemulihan Khas tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas ( n x 1.5 ).
3. Guru Pemulihan Khas tidak terlibat sebagai guru pengganti kepada guru asas atau sebagai guru kelas.
4. Guru Pemulihan Khas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pendidikan pemulihan.
5. Penutupan Kelas Pemulihan atau Pemberhentian program pendidikan pemulihan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah pendidikan Negeri.
1. Semua sekolah rendah kecuali sekolah kecil ( under enrolment ) diperuntukan satu (1) perjawatan Guru Pemulihan Khas.
2. Peruntukan Guru Pemulihan Khas tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas ( n x 1.5 ).
3. Guru Pemulihan Khas tidak terlibat sebagai guru pengganti kepada guru asas atau sebagai guru kelas.
4. Guru Pemulihan Khas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pendidikan pemulihan.
5. Penutupan Kelas Pemulihan atau Pemberhentian program pendidikan pemulihan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah pendidikan Negeri.
PERUNTUKAN BANTUAN
PELAJARAN TAHUNAN
1 . Di bawah
“ Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling “
(Pekeliling
Kewangan Bil:2/91 – KP1573/17/jld.8(78)bth.11 Feb.1991).
Bertujuan
untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak menerima
pendidikan
yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya.
2 . Di bawah bantuan Pelajaran Perkapita (PCG) bagi
Matapelajaran wajib.
JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS
Sekolah perlu mewujudkan satu jawatankuasa
pemulihan khas yang dipengerusikan oleh Guru Besar dan dianggotai oleh Guru
Pemulihan Khas, Guru Kelas, Guru matapelajaran dan penyelaras pusat sumber
serta guru-guru yang berkaitan bagi memastikan Program Pemulihan Khas dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
KEMUDAHAN
FIZIKAL
Sebuah bilik khas
perlu disediakan bagi menjalankan Program Pemulihan Khas. Kemudahan bilik
darjah untuk program pemulihan adalah berdasarkan pendekatan
berikut:
v Sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan kemudahan sebuah bilik darjah “ 3 bay “ Khusus untuk Kelas Pemulihan seperti dalam pelan asal dan
Salam..Saya dah follow blog cikgu...sudilah kiranya join blog saya pula http://mahanizaira99.blogspot.com/
ReplyDelete